Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 08 APRIL 2025 : Dato’ Indera Nazri Abu Bakar telah dilantik sebagai YB Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Surat pelantikan berkenaan telah diserahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
“Sebentar tadi saya telah menyerahkan Surat Pelantikan kepada Dato’ Indera Nazri bin Abu Bakar sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baharu berkuat kuasa 8 April 2025.
“Saya mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan,” kata Tan Sri Shamsul Azri dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.
Dato’ Indera Nazri sebelum ini merupakan YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang menggantikan Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob yang bersara wajib setelah berkhidmat selama 36 tahun. -PAHANGMEDIA

