Oleh : Safiah Hanani Norhalizan & Norhafizan Zulkifli
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 27 MAC 2025 : Program Ziarah Kasih Bekas Ahli Dewan Negeri Pahang disifatkan sebagai salah satu program bermakna dalam usaha menyantuni bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah banyak mencurahkan jasa dan sumbangan kepada negeri Pahang.
Bagaimanapun Pejabat Dewan Negeri dicadangkan untuk melibatkan bekas ADUN ke dalam lebih banyak program anjuran Kerajaan Negeri.
Bekas ADUN Pulau Tawar (1999-2018), YH Dato’ Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, cadangan penambahbaikan itu membolehkan bekas ADUN berkongsi ilmu dan pengalaman terdahulu kepada lapisan pimpinan baharu.
“Saya menghargai kunjungan Pejabat Dewan Negeri dan Speaker Dewan Negeri, Dato’ Sri Sharkar kerana sudi berkunjung ke rumah saya dan bertanya khabar disamping memgimbau kenangan lama ketika pernah menjadi salah seorang pengerusi jawatankuasa Kerajaan Negeri.
“Ini sekadar cadangan saya, mungkin selepas ini pelu melibatkan semua bekas ADUN ke dalam program Kerajaan Negeri.

“Jemputan itu bukan sekadar untuk makan bersama, tetapi juga untuk membincangkan hala tuju dan peranan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin ketika Program Ziarah Kasih pada hari ini.
Sementara itu, bagi bekas ADUN Panching (2008-2018), YH Dato’ Mohd Zaili Haji Besar pula berkata, program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara bekas-bekas ADUN dan Pejabat Dewan Negeri Pahang.
“Saya dikesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Sri Speaker bersama dengan rombongan yang datang menziarah kami bekas-bekas ADUN ini.
“Program ni satu program yang amat baik, dimana kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua dan sambil tu kita dapat bertukar-tukar fikiranlah, terima kasih saya harap dapat diteruskan,” katanya.-PAHANGMEDIA

