Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 23 FEBRUARI 2025 : Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mengambil berat berkenaan pertubuhan badan bukan Kerajaan (NGO) dan persatuan wanita di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato Hajah Sabariah Saidan berkata YAB. Menteri Besar Pahang sentiasa mendengar dan prihatin dengan permintaan wanita di Pahang.
βPermohonan yang diajukan oleh Pengerusi WI Kuantan kepada YAB. Menteri Besar Pahang telah lulus sebanyak RM10,000.
βWalaupun Datoβ Sri tiada di sini, tetapi beliau tidak melupakan apa yang sepatutnya diberikan kepada kita sebagai wanita di Negeri Pahang ini terutamanya pertubuhan-pertubuhan NGO ini,β katanya.
Beliau berkata demikian pada Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Kuantan Kali Ke-66 Bagi Tahun 2025 di Hotel Sri Manja.
Peruntukkan yang diluluskan oleh YAB. Menteri Besar Pahang ini telah diumumkan oleh YB. Dato Hajah Sabariah sebagai wakil rasmi Menteri Besar ke program berkenaan.
Beliau turut melahirkan harapan agar jawatankuasa baharu bagi WI daerah Kuantan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dari masa ke masa. -PAHANGMEDIA

