RAUB, 11 NOVEMBER 2026 : Sebanyak RM20,000 diluluskan bagi kerja-kerja membaik pulih gelanggang sepak takraw di FELDA Lembah Klau menerusi siri Jelajah Aspirasi Pahang 1st Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB Dato’ Amizar Abu Adam berkata, peruntukan itu diluluskan bagi memenuhi permohonan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Komuniti FELDA Lembah Klau.

Beliau yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang turut berkesempatan melawat tapak STRF dan gelanggang sepak takraw serta menyantuni penduduk setempat dalam program berkenaan.
Katanya, setiap pertemuan bersama masyarakat dimanfaatkan bagi mendengar sendiri keperluan penduduk dan memastikan perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian sewajarnya.

Beliau berharap sumbangan berkenaan dapat memberikan manfaat kepada seluruh komuniti FELDA Lembah Klau, khususnya dalam menyediakan kemudahan sukan yang lebih baik untuk kegunaan penduduk setempat. -PAHANGMEDIA

