Oleh : Ain Nadhirah Basha
BERA, 01 DISEMBER 2024 : Program Anggun Suri dapat membantu meringankan beban kewangan pasangan baharu berkahwin untuk memulakan kehidupan berumahtangga.
Menurut pasangan Elly Sholehatulradziah Mohd Azman, 20, dan Muhammad Nur Hanif Norpauzi, 21, berkata inisiatif Kerajaan Negeri ini juga memudahkan urusan mereka mendirikan rumahtangga.
“Rasa bersyukur, alhamdulillah. Dapat join sekali. Rasa alhamdulillah tiba-tiba kami dapat ni, rasa bersyukur sangat. Kalau tak lambat lagi plan nak kahwin, dalam bulan 4 tahun depan.
“Kami memang target nak kahwin tapi sebab modal, jadi slow-slow. Macam ni tak banyak pun kos, kami hanya buat untuk nikah sahaja, untuk duit hantaran.
“Kami tak banyak keluar modal, dapat ni rezeki. Rasa kuranglah beban lepas kahwin tu. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas program ni,” kongsi pasangan dari Bentong dan Kedah ini.

Sementara itu, pasangan Nur Sabrina Natasha Abd. Latif, 25, dan Mohamad Shafiq Mustafa, 25, turut meluahkan rasa bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang pasangan yanf diraikan dalam program ini.
“Rasa gembira dan bersyukur sebab tak semua dapat peluang macam ini. Jadi rasa excited juga sebab plan asal nak nikah bulan Februari tapi alhamdulillah Allah mudahkan.
“Saya dan pasangan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang sebab anjurkan program ini.
“Semoga ia memberi manfaat kepada orang lain pula pada tahun hadapan,” kata pasangan daripada Felda Tementi dan Triang.
Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi program Anggun Suri yang julung kali diadakan melibatkan keseluruhan perkahwinan 40 pasangan yang diraikan di Kuantan, Bera, Kuala Krau, dan Cameron Highlands tahun ini. -PAHANGMEDIA

