Oleh : Ain Nadhirah Basha dan Mohd Taufik Hedayad
PEKAN, 30 OGOS 2024 : Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bagi Kluster Ibu Tunggal disifatkan satu tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang kepada semua pihak di negeri ini.
Menurut salah seorang penerimanya, Puan Rabiyah Abdul Rani, 52, dari Kampung Sekukuh, bantuan ini juga dapat meringankan beban kewangan bagi menampung keluarga.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Pahang dan ADUN Peramu kerana ambil berat tentang golongan ibu tunggal macam saya ini.
“Rasa syukur sangat dapat ringankan beban kita. Plan nak guna untuk belanja anak untuk keperluan sekolah dan bayar yuran sekolah anak,” katanya yang mempunyai lima anak dengan dua daripadanya masih bersekolah.
Sementara itu, menurut Puan Nor Aishah Abdul Rahman, 31, dari Tanjung Agas turut melahirkan rasa gembira kerana menerima BPP Kluster Ibu Tunggal pada hari ini.

“Alhamdulillah, rasa gembira dapat bantuan ini hari ini. Rancang nak guna buat belanja keluarga, keperluan anak-anak dan beli barang dapur,” katanya yang mempunyai tiga anak.
Seramai 159 ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Ibu Tunggal yang disampaikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib yang juga ADUN Peramu di Masjid Baru Kampung Marhum.-PAHANGMEDIA

