Oleh : Fansurina Abdullah
KUANTAN, 25 DISEMBER 2023 : Mangsa banjir di Daerah Raub meningkat kepada 287 orang pada jam 2.30 petang berbanding 171 mangsa pada jam 12.30 tengahari tadi.
Menurut laporan daripada Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Pahang, terdapat dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang baru dibuka di daerah Raub iaitu PPS Dewan Lechar dan Dewan Orang Ramai Bukit Pampong.
Bagi PPS Lechar, seramai 65 mangsa telah dipindahkan daripada 13 keluarga.

Manakala Dewan Orang Ramai Bukit Pampong pula kini menempatkan seramai 51 mangsa daripada 13 keluarga.
Menurut laporan daripada Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Pahang keadaan banjir di daerah itu kini menunjukkan tren meningkat sejak pagi tengahari tadi.
“Seramai 81 mangsa dari 18 keluarga dipindahkan ke PPS Surau Kampung Peruas, 55 mangsa daripada 14 keluarga pula dipindahkan ke PPS Balairaya Pamah Kulat dan 15 mangsa daripada empat keluarga pula dipindahkan ke PPS Pertanian Pamah Rawas.
“Manakala 20 mangsa daripada empat keluarga pula berada di PPS Balairaya Pamah Rawas, 65 mangsa daripada 13 keluarga berada di PPS Dewan Lechar dan 51 mangsa daripada 13 keluarga pula dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Bukit Pampong,” menurut laporan berkenaan. -PAHANGMEDIA

