Oleh: Farahin Rosli
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi
KUANTAN, 12 SEPTEMBER 2023: Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bera dan Majlis Daerah Maran akan dipamerkan sebulan untuk orang awam selama sebulan bermula 11 September sehingga hingga 10 Oktober ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, maklum balas dari semua pihak penting untuk segenap sudut penambahbaikan.
“Semua pihak yang berkaitan di daerah masing-masing (Bera, Maran) dapat sama-sama terlibat memberi cadangan dan komen untuk kita buat penambahbaikan kepada draf rancangan tempatan yang kita bentangkan ini.
“Saya juga difahamkan bahawa setiap majlis daerah akan mengadakan ‘roadshow’ di daerah masing-masing untuk buka peluang kepada orang ramai memberi cadangan,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah Maran 2035 (Penggantian) dan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daera Bera 2035 (Penggantian), di sini hari ini.
Hadir sama Yang Dipertua Majlis Daerah Bera, YH Dato’ Zaman Azam Mohamat Sarif@Ahmat; Yang Dipertua Majlis Daerah Maran, YH Dato’ Sharuddin Jali; Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Tuan Md Nazri Abdullah dan Pengarah PLANMalaysia Negeri Pahang, Yang Berbahagia Puan Nik Nuraisu Nik Ibrahim.
Beliau yang juga pemangku portfolio Kerajaan Tempatan turut merasmikan program tersebut mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Cashmere, Hotel Zenith.
Tambahnya lagi, semakan boleh dilakukan secara atas talian atau di beberapa lokasi semakan tetap iaitu di Majlis Daerah Maran, Majlis Daerah Bera, Pejabat Daerah dan Tanah Maran, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang. – PAHANGMEDIA

