PPLK BANTU PELAJAR B40 TINGKAT KEMAHIRAN, LAHIR MODAL INSAN BERKEYAKINAN
Oleh : Fansurina Abdullah
LIPIS, 2 SEPTEMBER 2023 : Program Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Kemahiran (PPLK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai menyediakan medium bagi memperkasakan pelajar dari golongan B40 khususnya di Tanjung Gahai agar memperoleh kemahiran bagi menyediakan mereka ke alam pekerjaan menerusi latihan dan pendidikan yang disediakan.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri Pahang juga dari awal sudah menekankan program-program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi mempersiapkan anak-anak Pahang dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan industri.
βAlhamdulillah ini adalah satu usaha yang ada sinergi selain daripada proses-proses biasa, saya sebagai anak jati kampung ini kena memikirkan bagaimana untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan untuk anak-anak di kampung ini supaya mereka boleh belajar untuk pergi lebih jauh lagi,β katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Kemahiran (PPLK) DUN Jelai, Projek Pelepasan Perikanan Sanctuari Sungai Jelai dan Kenduri Kesyukuran Kejayaan Kampung Lestari 2022 di Kampung Tanjung Gahai di Lipis.
Beliau diiringi isteri, Datin Sri Datoβ Hajah Burhah Mohammed.
Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB. Datoβ Ramli Datoβ Mohd Noor, Pengarah Perikanan Negeri Pahang, YBrs Encik Abdullah Jaafar dan Pegawai Daerah Lipis, YH. Datoβ Mohd Hafizi Ibrahim.
Dalam pada itu, beliau berkata, Pahang mempunyai dua pusat latihan di bawah Kerajaan Negeri iaitu Pahang Skill Development Centre (PSDC) dan Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills.
Selain itu, menerusi Belanjawan 2023, Kerajaan Pahang juga memperuntukkan RM3 juta untuk program teknokrat seperti geran latihan, kursus kemahiran dan pembelajaran, βinternet of things and codingβ, pembangunan aplikasi dan kemahiran digital serta βsports cameramanβ.
Pada majlis sama, Datoβ Sri Haji Wan Rosdy turut melepaskan 10,800 ekor benih ikan Kelah, Patin Buah dan Lampam Sungai ke Sungai Jelai bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan sumber perikanan darat / sungai sebagai sumber makanan serta meningkatkan pendapatan nelayan darat.
βKawasan yang dikhaskan ini terbahagi kepada beberapa zon, zon yang dilepaskan ikan tersebut tidak boleh diusik, tidak boleh ditangkap, tidak ada aktiviti menangkap ikan seperti memancing, menjala dan sebagainya sehinggalah satu tempoh yang akan dibenarkan oleh Jabatan Perikanan.
“Jadi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada orang kampung di Tanjung Gahai ini kerana mereka mematuhi arahan yang diberikan Jabatan Perikanan,β katanya.
Sejak tahun 2010, sebanyak 15.4 juta ekor benih ikan dan udang galah telah dilepaskan ke perairan seluruh Pahang dengan 1.3 juta ekor benih telah dilepaskan di Daerah Lipis.
Turut disampaikan ialah bantuan Geran Pemadanan Program Pembangunan Integrasi Akuakultur (PPIA) bernilai RM417,000 kepada Kluster Sungai Jelai, Lipis dan penyerahan bantuan Rumah Rakit Santuari Ikan bernilai RM50,000 kepada JPKK Tanjung Gahai.
Datoβ Sri Haji Wan Rosdy turut menyampaikan cek sumbangan Kerajaan Pahang berjumlah RM512,644 kepada 32 penerima. – PAHANGMEDIA

