KARNIVAL TANAH PAHANG DAERAH TEMERLOH CATAT KUTIPAN HASIL LEBIH SETENGAH JUTA
TEMERLOH, 2 SEPTEMBER 2023 : Karnival Tanah Pahang Peringkat Daerah Temerloh berjaya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM688,955 setakat jam 11.10 pagi tadi.
Majlis telah dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Datoβ Seri Syed Ibrahim Syed Ismail pagi tadi.
Turut hadir, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, YH Datoβ Hamdan Hussin.
Selain pembayaran secara fizikal di mana-mana kaunter Pejabat Tanah di 11 daerah Negeri Pahang, terdapat juga kaedah pembayaran secara digital samada melalui laman web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PPTG) Pahang menggunakan gateway FPX ataupun melalui aplikasi PahangGo.
Dalam program hari ini juga turut diadakan adalah pameran daripasa 18 agensi di Pahang.
Selain itu turut diadakan Jualan Rahmah Madani bagi membantu sedikit sebanyak pembelian barang keperluan mereka. – PAHANGMEDIA

