Oleh: Aimi Syafiqa Khairi
Foto: Ezzatul Syafiqa Asmawai
TEMERLOH, 29 SEPTEMBER 2026 : Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) yang disalurkan kepada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) disambut baik penerima sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat mereka kepada masyarakat setempat.
Pengerusi JPKK Buntut Pulau Temerloh, Encik Burhanuddin Mohd Arif, 52, berasa syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas keprihatinan terhadap kepimpinan JPKK di seluruh negeri.

“Alhamdulillah, dan amat berterima kasih kepada YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail atas Inisiatif Makmur yang diberikan kepada semua pengerusi-pengerusi JPKK di Negeri Pahang dan juga pada setiausaha-setiausaha JPKK. Memang amat terharu dan merasa terima kasih banyaklah atas sumbangan yang diberikan,” katanya.
Tambahnya, pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah IM Pahang membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan siswa, institusi keagamaan serta komuniti di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Setiausaha JPKK Kampung Sungai Chibo, Jerantut, Puan Siti Noraini Abdullah, 48, turut menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diterimanya menerusi inisiatif berkenaan.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atas keprihatinan kepada kami warga JPKK.
“Saya sangat berterima kasih dan berbesar hati atas bantuan yang diberikan. Semoga kami di JPKK dapat menyumbang kepada masyarakat dengan lebih baik hasil daripada keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar,” katanya. -PAHANGMEDIA

