Oleh : Aimi Syafiqa Khairi
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 27 OGOS 2026 : Kerajaan Negeri Pahang telah menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta bagi projek pembinaan Masjid FELDA Selendang 2 dan Masjid Desa Selesa Perpat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, kedua-dua projek berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM2.4 juta bagi Masjid FELDA Selendang 2 dan RM2.6 juta bagi Masjid Desa Selesa Perpat daripada YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Masjid ini telah mendapat peruntukan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dengan kos bagi Masjid FELDA Selendang 2 berjumlah RM2.4 juta, manakala bagi Masjid Desa Selesa Perpat dengan kos RM2.6 juta.
“Masjid FELDA Selendang 2, proses pembinaan sedang berlaku di tapak dan dijangkakan masjid ini selesai dibina serta boleh digunakan.
“Manakala Masjid Desa Selesa Perpat masih dalam proses perolehan dan dijangkakan pada akhir 2026 akan bermula kerja-kerja pembinaannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, YB. Dato’ Sri Dr. Haji Mohd. Johari Hussain, pada Mesyuarat Kedua Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini. -PAHANGMEDIA

