Oleh: Aimi Syafiqa Khairi
Foto: Ezzatul Syafiqa Asmawai
PEKAN, 07 OGOS 2026 : Seorang ibu meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang yang menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan kos rawatan anaknya yang menghidap penyakit kronik sejak tujuh tahun lalu.
Menurut Puan Aelly Alias, 57, anaknya, Muhammad Amir Danish Mohd Solah, 21, masih menjalani rawatan bagi penyakit barah otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak disahkan menghidap penyakit itu ketika berusia 14 tahun.
Katanya, sumbangan tersebut amat bermakna buat keluarganya kerana dapat membantu menampung kos rawatan dan perubatan anaknya yang memerlukan rawatan susulan secara berterusan di HKL.
“Saya rasa sangat gembira dan terharu atas sumbangan yang diberikan. Bantuan ini dapat membantu kos rawatan dan perubatan anak saya di HKL. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas sumbangan ini.
“Amir Danish sebelum ini hidup seperti anak-anak lain sehinggalah dia disahkan menghidap barah otak pada usia 14 tahun,” katanya. – PAHANGMEDIA

