Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Zur Shaznur Zulkiflee, Amirul Hafiz Jamiuddin & Vamana Nadarajah
JAKARTA, 05 JUN 2026 : Program Pahang Lead Go Global menjadi platform melatih pelajar bermula dari peringkat sekolah untuk menjadi pelapis pemimpin pada masa hadapan.
Menurut Pengarah Akademi Pahang 1st, YBhg. Tuan Haji Hamizi Yaakub, program ini juga dapat menbentuk karekter peribadi dan emosi pelajar yang terlibat.
“Untuk sebagai pendedahan awal kepada mereka. Mereka ini sebenarnya kita bagi latihan dan juga kita bagi peringkat awal. Kita nak Negeri Pahang ini, kita ada pemimpin pelapis yang baik.

“Yang punya kematangan daripada segala segi. Yang ketika mereka bertindak, bukan berdasarkan emosi tetapi berdasarkan fakta dan ilmu yang ada,” katanya.
Menurut beliau, program Pahang Lead yang merupakan kolaborasi bersama dia antara Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), Yayasan Pahang, dan Pejabat Menteri Besar memfokuskan kepada pelajar menengah rendah.
“Kita membuat satu program yang kita namakan sebagai Pahang Lead ini kita memfokuskan kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah ke bawah. Kita mengenal pasti pelajar-pelajar kita di seluruh Negeri Pahang ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Malaysia Indonesia, Kedutaan Besar Malaysia, YBrs. Dr. Hasnul Faizal Hushin Amri melahirkan harapan agar para pelajar dapat menimba pengalaman dan ilmu dalam lawatan ini.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rombongan pada hari ini. Saya ucapkan taniah dan selamat berjaya daripada semua. Moga pengalaman yang ditimba dengan kehadiran ke Indonesia ini memberi pengalaman dan juga membuka minda anak-anak Negeri Pahang,” katanya.
Kesemua pelajar didedahkan dengan sejarah dan kepimpinan serta pendidikan dan peluang kerjaya pada lawatan ke Masjid Itiqlal, Komite Nasional Pemuda Indonesia, Kedutaan Malaysia Indonesia, dan reruai Malaysia Fair Tourism Malaysia di Gandaria City Mall. -PAHANGMEDIA

