Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 19 MAC 2026 : Orang ramai dijemput menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Besar Pahang pada 22 Mac depan di Temerloh.
Menurut YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, rumah terbuka yang akan diadakan di Dewan Sri Lanchang ini terbuka kepada orang ramai yang berkelapangan.
“Tahun ni kita buat di Lanchang. Hari Raya kedua. Tahun lepas kita buat di Felda Chini. Semua dijemput hadir. Macam biasa. Nak ajak rumah ke rumah susah jadi kita buat rumah terbuka,” katanya.
Rumah terbuka di Lanchang ini yang bermula pada 9.30 pagi sehingga 2 petang ini akan turut menampilkan Azlan Typewriter, Zaki Yamani, Wanie Sidek, serta kombo Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang. -PAHANGMEDIA

