Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 12 JANUARI 2026 : Tradisi Mengirim Kasih melibatkan 54 pelajar SK Perempuan Methodist yang memasuki Tingkatan 1 di SMK Perempuan Methodist disambut penuh meriah hari ini.
Menurut Guru Besar SK Perempuan Methodist, Puan Masniza Kamarudin tradisi yang bermula sejak empat tahun lepas ini dilakukan bagi memberi semangat baharu kepada pelajar yang baru memasuki sekolah menengah.
“Ini tahun keempat kami adakan program Mengirim Kasih yang mana biasalah selalunya feeder akan pergi ke sekolah menengah untuk meneruskan kecemerlangan murid-murid anak-anak Methodist.
“Jadi, (tradisi ini) short one, tapi meaningful to us. So that we have, orang kata, good rapport within the primary and also the secondary school.
“Macam program ini memudahkan transisi antara sekolah rendah ke sekolah menengah, dan mereka pun dihantar oleh insan-insan yang familiar, yang rapat dengan mereka ke sekolah menengah,” katanya.

Beliau berkata penjaga dan ibu bapa pelajar turut memberikan reaksi positif kepada pihak sekolah berkenaan sambutan melibatkan 124 pelajar keseluruhannya pada pembukaan sesi persekolahan ini.
“Ibu bapa beri feedback yang sangat positif. Mereka rasa dihargai, malah memberi semangat sebenarnya untuk memulakan sesi persekolahan di sekolah menegah. Di mana berlaku perubahan daripada sekolah rendah ke sekolah menengah.
“Jadi dekat situ suntikan semangat awal-awal. Pengetua dah menyuntik semangat, maksudnya jangan takut, you are in good hands, just not others. Maksudnya kami menyerahkan pada orang yang betul untuk meneruskan legasi anak-anak Methodist,” katanya.
Sementara itu, menurut Pengetua SMK Perempuan Methodist, Puan Josephine Hezrin Azhar, hubungan baik di antara kedua-dua sekolah rendah dan sekolah menengah ini juga memudahkan pembentukan identiti pelajar.
“(Perarakan Mengirim Kasih) lebih memudahkan sekolah menengah membentuk bukan hanya akademik, karakter, supaya boleh menaikkan lagi murid-murid lepasan sekolah Methodist.
“Supaya mereka lebih rapat, ukhwah itu mudah terjalin antara kedua-dua sekolah dan memang betul, seperti mana yang Guru Besar, Puan Masniza sebutkan tadi, memang kami banyak mengadakan program bersama-sama,” katanya.

Menurut Puan Nur Saleena Amani Lott Abdullah, 44, yang merupakan penjaga bagi pelajar Tingkatan 1 SMK Perempuan Methodist, dia melahirkan rasa bangga dan gembira dengan sambutan yang diberikan kepada para pelajar baharu.
“Tadi tengok sambutan pagi, bila daripada sekolah rendah dia masuk ke sekolah menengah, rasa sebak. Baguslah MGPS ke MGSS sebab diorang memang ada disiplin.
“Rasa bangga sebagai parent bila nampak anak dah besar pergi ke MGSS. Lepas tu dengan sambutan dia pun macam tu, rasa bangga, bangga tengok anak dah besar.
“Sambutan pun bagus. Kiranya tengok pagi ini dengan sambutan sekolah macam tu, kita rasa macam lega sikit anak disambut. Rasa di appreciate,” katanya.
Hadir sama, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Perempuan Methodist Kuantan, Encik Khairul Anwar Dato’ Ahmad Nadzer yang juga merupakan Pengarah Unit Komunikasi Strategik Negeri Pahang. -PAHANGMEDIA

