Oleh : Norhafizan Zulkifli
KUANTAN, 18 DISEMBER 2025 : Sebanyak 11 sungai di negeri ini direkodkan berada pada paras bahaya setakat jam 9.30 pagi tadi.
Menurut laporan terkini laman web rasmi Public InfoBanjir, daripada 11 sungai berkenaan, lima daripada adalah di Kuantan, dua di Lipis, dua di Jerantut, dan masing-masing satu di Pekan dan Rompin.
Lima sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya di Kuantan adalah Sungai Kuantan di Empangan Chereh, Sungai Belat di Sri Damai, Sungai Soi di Jalan Pekan-Kuantan, Sungai Lepar di Jambatan Gelugor dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi.
Dua sungai di Lipis berada pada paras bahaya adalah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah dan Sungai Kechaudi Kampung Dusun manakala dua sungai di Jerantut adalah Sungai Sungai Tembeling di Kampung Merting dan Sungai. Pahang di Kuala Tembeling.
Selain itu sungai di Rompin yang berada pada paras bahaya adalah Sungai Sungai Buan di Kampung Sungai Puteri dan di Pekan adalah Sungai Pahang di Paloh Hinai.
Dalam pada itu, tiga sungai di Kuantan, dua di Maran, dua di Bera dan masing-masing satu di Raub, Temerloh dan Rompin berada pada paras amaran. -PAHANGMEDIA

