Oleh: Norhafizan Zulkifli
Foto: Farizul Hafiz Awang
JERANTUT, 23 NOVEMBER 2025 : Dua pasangan pengantin Orang Asli dari Perkampungan Orang Asli Sungai Kiol meluahkan rasa teruja apabila diraikan dalam Program Anggun Suri (Perkahwinan Beramai-ramai) Parlimen Jerantut yang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut, di sini hari ini.
Pasangan terbabit, Lina Sahak, 18, dan Rosli Yus, 31, menyifatkan penganjuran majlis itu sebagai satu rezeki besar buat mereka yang kini dapat meraikan hari istimewa tanpa beban kewangan.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mengadakan majlis perkahwinan ini. Dengan insiati Kerajaan Negeri ini, dapat jimat duit untun memudahkan urusan.
“Terima kasih Kerajaan Negeri, terima kasih Tok Wan (YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sei Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail),” katanya.
Satu lagi pasangan, Nur Athirah Arman, 22, dan Muhammad Hassiz Azmi, 34, turut menzahirkan penghargaan atas peluang diraikan dalam suasana meriah di samping sumbangan yang diterima.
“Terima kasihlah kerana memudahkan pasangan-pasangan pengantin yang baru kan. (Sumbangan) untuk simpananlah.
“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang dan Tok Wan atas inisiatif yang diberikan kepada para pengantin pada hari inilah,” katanya.

Penganjuran majlis yang memasuki edisi kelima bagi tahu ini itu dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sabariah Saidan selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan, YB Tuan Haris Salleh Hamzah; Pegawai Daerah Jerantut, Tuan Sulaiman Husin; Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Parlimen Jerantut, Puan Hajah Norsarfinaz Mohd Azman; serta barisan pimpinan setempat. -PAHANGMEDIA

