Oleh : Aimi Syafiqa Khairi
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 01 JULAI 2025 : Pahang Skills Development Centre (PSDC) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Golden Stream Plantation Sdn. Bhd bagi memajukan tanah milik Pahang Skills di Sungai Charu, Sungai Lembing.
Pertukaran memorandum ini dilakukan oleh Ketua Pengarah Pahang Skills Development Skills, Mahadir Abdul Raffar bersama wakil dari Golden Stream Plantation Sdn. Bhd, Ng Kok Onn.
Perjanjian berkenaan telah disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan di Mini Theatre, Pahang Skills Development Centre Kuantan.

Kerjasama strategik ini merupakan usaha membangun dan memajukan tanah milik Pahang Skills di Sungai Charu, Sungai Lembing yang berkeluasan 331.27 hektar bagi tujuan pertanian kelapa sawit.
Pahang Skills telah menerima surat kelulusan pengambilan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) sejak 6 Oktober 2017, melibatkan kawasan seluas 331.30 hektar.
Setelah hampir lapan tahun dan melalui pelbagai cabaran termasuk penularan wabak COVID-19, akhirnya hasrat membangunkan tanah tersebut direalisasikan melalui kerjasama strategik ini. -PAHANGMEDIA

