Oleh: Aimi Syafiqa Khairi
Foto: Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 17 MEI 2025: Pemenang Karya Anak Pahang menganggap penyertaan mereka di dalam pertandingan terbabit sebagai sesuatu yang berbaloi dan bermanfaat.
Salah seorang pemenang, Mohammad Haikal Mohammad Salleh, 20, berkata, wang kemenangan yang diperoleh untuk kali kelima itu akan dikumpul untuk membeli kamera DSLR.

“Saya rasa senang sangat sebab ambil gambar, tulis kapsyen banyak-banyak. Senang dan berbaloi.
“Untuk duit Karya Anak Pahang ini, saya menang dari dulu saya memang tak pernah sentuh sebab saya nak save (simpan) untuk beli digital camera”, katanya.

Sementara itu, Puan Faezah Azwin, 30, turut meluahkan perasaan gembira apabila menang empat kali di pertandingan Karya Anak Pahang pada tahun ini.
“Perasaan tu rasa seronok macam tak percaya menang kan , macam saja suka-suka tak tahu pula benda tu boleh menang. Sambil sambil jaga anak,” katanya.

Dalam pada itu, Encik Zulbahri Hussin, 59, menyeru anak muda Pahang untuk mengambil peluang menyertai pertandingan Karya Anak Pahang bagi menonjolkan bakat mereka dan tidak terdedah dengan perkara yang tidak bermanfaat.
“Jadi kita harap anak-anak muda mengambil peluang supaya lebih mendekatkan diri kita ini atau bakat kita ini, bakat yang kita ada dengan pihak kerajaan supaya kita tidak terabai dengan perkara-perkara boleh melalaikan kita,” katanya. – PAHANGMEDIA

