Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Farizul Hafiz Awang
CAMERON HIGHLANDS, 19 JANUARI 2025 : Program Bangkit Belia dapat memberikan kesedaran tanggungjawab yang perlu dipikul oleh golongan belia terhadap pembangunan individu serta negeri.
Menurut Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai, YB. Dato Hajah Sabariah Saidan, perkara ini menjadi fokus memandangkan golongan ini akan menjadi pelapis bagi negeri ini pada masa hadapan.
“Ini merupakan peluang kepada mereka untuk kesedaran tentang tanggungjawab, terhadap diri sendiri, keluarga, dan kepada negeri.

“Dan mereka adalah pelapis pemimpin akan datang. Kalau kita tengok belia di negeri ini ramai, dan kalau kita biarkan mereka tanpa pengetahuan, rugilah sebab mereka merupakan pelapis di negeri kita,” katanya.
Sementara itu menurut Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mengambil berat golongan beliau yang merupakan aset penting.
“Kerajaan Negeri sentiasa sedar bahawa belia atau anak muda ini adalah aset penting yang perlu kita jaga dan kita bimbing mereka denga baik supaya kita boleh wariskan kepimpian negeri ini kepada mereka pada masa depan.

“Saya sering berkunjung ke kawasan-kawasan di seluruh Negeri Pahang untuk bertemu belia dan berkongsi hasrat Kerajaan Negeri Pahang dengan mereka.
“Saya memang nak dengar setiap permintaan, keluhan, serta pandangan belia, supaya kita Kerajaan Negeri ini tidak syok sendiri dalam melaksanakan dasar polisi serta program berkaitan belia,” katanya.
Beliau berkata program seumpama ini perlu untuk menambahbaik sudut kepimpinan, teknik organissasi, dan pengurusan kewangan oleh pertubuhan belia yang ada di negeri ini.
“Kita nak dengar buah fikiran, kehendak mereka di negeri ini dan untuk program ini sendiri banyak segmen belia dan sudah pastilah program seumpama ini sangat penting
“Kita nak tambah baik dari sudut kepimpinan pertubuhan-pertubuhan belia ini dari segi teknik berorganisasi, dan juga pengurusan kewangan di kalangan belia.
“Kita nak mereka memimpin organisasi dengan betul dan sekaligus dapat membantu Kerajaan Negeri Pahang,” katanya.
YB. Tuan Fadzli turut melahirkan harapan supaya belia di negeri ini mengambil peluang daripada segala inisiatif yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada mereka.
“Saya harap pemimpin-pemimpin belia termasuk ADUN-ADUN belia boleh bantu jayakan hasrat ini di mana mereka perlu mendampingi seramai mungkin belia di luar sana untuk mendengar serta membalas segala pandangan belia dah menyampaikan kepada kita sebab mereka adalab ejen kepada Kerajaan Negeri atau penghubung antara Kerajaan Negeri dengan belia serta anak muda.
“Jadi saya harap lebih ramai belia tampil kerana kita nak membantu mereka tapj kita nak tengok kesungguhan mereka,” katanya.
Seramai 40 peserta belia daripada DUN Guai telah menyertai program Bangkit Belia DUN Guai bagi Tahun 2025 di Heritage Hotel selama tiga hari. -PAHANGMEDIA

