Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Farizul Hafiz Awang
KUANTAN, 18 DISEMBER 2024 : Sebuah fasiliti bagi mengitar semula bahan pemangkin semulajadi yang pertama di Asia Tenggara bernilai RM350 juta akan dibangunkan di Taman Perindustrian Gebeng.
Menurut Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, projek pelaburan oleh Taiyo Koko Co., Ltd. ini turut dapat mengurangkan sifar jejak karbon menjelang 2050.
“Projek ini merupakan pelaburan daripada Syarikat Taiyo Koko di mana syarikat ini daripada Jepun akan melabur RM350 juta untuk projek kitar semula yang dipanggil spent catalyst.

“Syarikat ini akan mengambil catalyst atau bahan yang telah digunakan dalam proses minyak dan gas di Pengerang, Johor di mana minyak di sana akan diasing bahan-bahannya melalui proses penapisan dan bahan-bahan itu akan di bawa ke sini untuk di kitar semula.
“Dan mereka ada satu proprietary technology yang telah dibangunkan oleh syarikat tersebut yang terbukti berkesan selama 50 tahun di Jepun. Di mana dalam ucapan Encik Suzuki, beliau mengatakan tidak ada kemalangan di kilang mereka sepanjang mereka menggunakan kaedah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah EPC Taiyo Koko Malaysia Spent Catalyst Recovery Facility Project di Hotel Zenith.
Turut hadir, Presiden Taiyo Koko Co., Ltd., Encik Kazufumi Suzuki; dan Pengarah Urusan Toyo Engineering & Construction Sdn Bhd, Encik Zenko Tsutsui.

Tambah beliau, pembinaan fasiliti yang akan mula beroperasi sepenuhnya pada 2027 juga akan mengeksport semuka hasil kitar semula ini ke Jepun.
“Hasil kitar semula ini akan dieksport ke Jepun untuk digunasemula dalam industri petrokimia dan besi keluli.
“Kilang ini juga telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memulakan kilang di kawasan perindustrian di sini,” katanya.
Menurut beliau, Kerajaan Negeri Pahang menyambut baik pelaburan ini dimana ia dapat mewujudkan pekerjaan dan peluang masa hadapan kepada vendor tempatan.
“Kerajaan Negeri mengalukan pelaburan daripada Jepun yang akan memberi limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan. Dan diharapkan dengan adanya kilang ini dapat menarik lebih ramai pelabur untuk mendirikak kilang di Pahang,” katanya. -PAHANGMEDIA

