Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Farizul Hafiz Awang
KUANTAN, 2 MAC 2024 : Seramai 50,000 peserta RXZ termasuk pengunjung membanjiri Serambi Teruntum di Kuantan bagi memeriahkan program RXZ Fighter.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal berkata, empat aspek itu ialah meraikan minat anak muda dalam sukan permotoran, merancakkan ekonomi dan pelancongan, mendidik penunggang motosikal agar sentiasa berhemah dan kerjasama dengan pihak berkuasa.

“Jika diadakan (pada tahun hadapan), kita akan nilai beberapa perkara, mungkin tiada masalah untuk kita adakan di daerah lain pula.
“Empat aspek yang saya sebutkan tadi akan dinilai dari sudut itu, sudah pasti kalau dilaksanakan kita akan tambah baik lah kekurangan atau memperbaiki apa yang sepatutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup RXZ Fighter yang berlangsung di Serambi Teruntum, Kuantan bermula semalam.

Hadir sama ialah Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kesihatan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang, YB. Tuan Ir Razali Kassim, ADUN Jenderak, YB. Dato’ Rodzuan Zaaba, ADUN Chini, YB. Tuan Mohd Sharim Md Zain, ADUN Kemayan, YB. Tuan Khaizulnizam Mohamad Zuldin dan ketua-ketua jabatan.
Program berkenaan mendapat sambutan daripada peminat RXZ seluruh negara termasuklah Singapura yang turut sama menyertai acara julung kali diadakan di Kuantan.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menyatakan hasrat untuk menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Lokman Abdul Aziz dari Perak yang maut dalam kemalangan di Leburaya Pantai Timur (LPT) ketika dalam perjalanan menyertai RXZ Fighter. – PAHANGMEDIA

