Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Farizul Hafiz Awang
RAUB, 05 NOVEMBER 2023 : Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Siswa 2023 dapat meringankan bebanan kewangan mahasiswa di negeri ini.
Penerima BPP Kluster Siswa, Nurul Izzah Abdul Hafiz berkata bantuan yang diterima ini dapat digunakan untuk perbelanjaan keperluan di universiti.

“Saya memang gembira sebabnya dengan duit ini boleh membantu dalam perbelanjaan saya dahulu.
“Jadi saya nak ucap terima kasih kepada MAMPAN, Menteri Besar Pahang dan exco Negeri Pahang untuk bantuan ini,” katanya yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Pengajian Islam Syariah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu.
Bagi Chin Yung Fei pula, bantuan ini disifatkan sebagai rezeki yang dapat digunakan dalam perbelanjaan harian di tempat pengajiannya.

“Saya rasa memang rezeki saya hari ini sebab sebagai mahasiswa ini kita keluar sendiribelanja untuk makan, minum.
“Saya memang bersyukur dengan Kerajaan Negeri Pahang sebab bagi bantuan pada saya,” katanya yang merupakan penuntut Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP).
Sementara itu, S. Darvindar Kumar turut melahirkan perasaan gembira dan bersyukur dengan pemberian bantuan kepada siswa ini.

“Saya berasa gembira dapat bantuan ini, rasa sangat gembira. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memberi bantuan ini,” katanya yang merupakan pelajar Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Seramai 699 mahasiswa di daerah Raub menerima BPP Kluster Siswa 2023 bernilai RM300 seorang melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam seramai 157 penerima; DUN Tras (370); dan DUN Dong (172). -PAHANGMEDIA

