Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 11 SEPTEMBER 2023 : Kerajaan Negeri Pahang sentiasa prihatin dan memberi sokongan penuh kepada anak muda di negeri ini untuk melakukan aktiviti bersukan.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Fadzli Mohamad Kamal berkata sokongan sama turut diberikan dalam sukan lasak seperti motorcross.
“Hari ni (semalam) saya realisasikan hasrat anak muda Dong untuk memiliki litar motorcross sendiri melalui perasmian Dong Motocross Track di Kampung Kuala Gali.

“Sempena perasmian litar hari ini (semalam), turut diadakan Musang King Track Day yang menarik penyertaan peminat motocross dari seluruh Pahang.
“Saya turut menyampaikan cek bernilai RM20,000 daripada Kerajaan Negeri Pahang untuk menampung kos pembinaan litar motocross ini,” katanya.
Beliau berkata Kerajaan Negeri juga akan menjadikan Musang King Track Day di Kampung Kuala Gali ini sebagai acara tahunan. -PAHANGMEDIA

