Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff melihat keadaan muara sungai di Beserah semalam

KERAJAAN PAHANG ATASI MASALAH MUARA CETEK DI SEKITAR BESERAH

Oleh: Mahathir Ali

KUANTAN, 10 MAC 2022 : Kerajaan negeri akan berusaha menyelesaikan masalah muara sungai di sekitar Kampung Balok hingga ke Cherating yang semakin cetek akibat dipenuhi lumpur tebal dan pasir.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, keadaaan ini menyukarkan pergerakan keluar masuk bot nelayan tradisional untuk keluar menangkap ikan dan pulang ke pangkalan pada setiap hari.

Justeru katanya, Kerajaan Pahang amat mengambil berat perkara ini dan YAB Menteri Besar mahukan ia diselesaikan segera jika boleh sebelum tibanya musim tengkujuh tahun ini.

“Kerajaan Pahang akan berusaha dengan sebaik mungkin dari masa ke semasa memberi perhatian sewajarnya agar masalah ini dapat diatasi segera.

“Saya juga telah memaklumkan hasil tinjauan ini kepada YAB Menteri Besar Pahang dalam mesyuarat EXCO yang diadakan semalam. Selaku Ketua Kerajaan Pahang, YAB Menteri Besar mengambil berat dan akan umumkan nanti tindakan terbaik yang akan dilaksanakan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Beserah emalam.

Sebelum itu beliau mendengar penjelasan dari Ketua Nelayan Balok, Encik Raja Haris Raja Salim dan Encik Dzuaini Mohamad ketika meninjau muara-muara sungai yang cetek akibat beting pasir dan lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff melihat keadaan muara sungai di Beserah semalam

Beliau yang juga wakil Kerajaan Negeri (Care Taker-BN) di Dewan Negeri Beserah berkata, keadaan ini menjejaskan kehidupan nelayan sekitar Kampung Balok hinggalah ke Cherating di Beserah.

“Mereka terpaksa menunggu air pasang yang tinggi, setiap kali mahu keluar atau masuk ke pangkalan masing-masing bagi mengelak bot mereka tersadai di lumpur atau terlanggar beting pasir ketika air surut.

“Saya difahamkan, mereka terpaksa menunggu lama ditengah laut semata-mata menanti air pasang jika hendak pulang. Sudah tentu perkara ini memberi kesan dan menyusahkan golongan nelayan disini untuk mencari rezeki,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds