YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan replika check dividen Risda berjumlah RM88,000 kepada wakil peserta pada majlis perasmian depo lateks/skrap serta penyerahan dividen Agropolitan Gahai Risda Negeri Pahang, 2021, semalam.

PENGURUSAN BAIK SUMBANG KECEMERLANGAN RISDA

Oleh : Fairus Mohd
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

LIPIS, 31 OKTOBER 2021 : Pembayaran dividen oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) sebanyak empat kali setahun kepada peserta menjadi tanda aras pengurusannya yang baik.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia juga menunaikan hasrat kerajaan yang diserah kepada Risda untuk membangunkan projek Agropolitan di negeri ini termasuk di Gahai bermula pada tahun 2004.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan sumbangan zakat korporat Yayasan Risda kepada Masjid Tanjung Gahai berjumlah RM2,000 pada majlis perasmian depo lateks/skrap serta penyerahan dividen Agropolitan Gahai Risda Negeri Pahang, 2021, semalam.

“Saya sangat bersyukur kerana sebab ini kawasan saya (Jelai) dan saya dapati Risda tidak pernah gagal memberikan dividen kepada peserta agropolitan Gahai.. dengan kata lain ini menandakan ianya diuruskan dengan baik.

” Saya pasti semua peserta agropolitan sangat gembira kerana saya lihat sendiri sebelum ada agropolitan ini, mereka menumpang di rumah ibu bapa di mana di situ ada adik beradik lain.. malah ada yang jadikan garaj kereta sebagai rumah.

“Ini telah terbukti bahawa kerajaan (BN) ketika itu telah berjaya mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan,” katanya.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan depo lateks/skrap serta penyerahan dividen Agropolitan Gahai Risda Negeri Pahang, 2021, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis perasmian depo lateks/skrap serta penyerahan dividen Agropolitan Gahai Risda Negeri Pahang 2021.

Pada majlis tersebut, sejumlah RM 88,000 dividen telah dikumpul bermula pada bulan Januari hingga bulan September 2021 yang mana RM 56,000 telah dibayar sebelum ini kepada 80 peserta yang terlibat.

Risda mengagih lebihan dividen berkenaan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM 400 bagi setiap peserta dengan jumlah RM 32,000, hari semalam.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

Pada majlis sama juga Menteri Besar turut menyampaikan bakul makanan kepada 100 orang penerima dan sumbangan zakat korporat daripada Yayasan Risda.

Hadir sama Timbalan Menteri I, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Ramlan Harun; Ketua Pengarah Risda, Encik Abdullah Zainal; Pengarah Risda negeri Pahang, Encik Esa Rahimin, serta Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.

Sementara itu, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman yang ditemui berkata, Risda meletakkan sasaran capaian pendapatan sebanyak RM4500 bagi setiap peserta menjelang tahun 2025.

“Dalam dua tiga tahun ini kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil dan sebagainya.. sebab itu saya pernah bincang dengan KSU nak wujudkan depo lateks yang lebih efisen.

“Mungkin kita boleh bina satu atau dua kilang dan ini adalah salah satu sasaran terbesar kita. Dari segi kewangan tiada masalah dan bila kita lihat bajet tahun ini untuk Risda sahaja RM508 juta.

Katanya lagi, perbincangan telah dilakukan bersama YB Menteri (KPLB) dan ia adalah saranan menteri sendiri agar Risda buka kilang lateks.

“Getah ini akan dibekukan dan dihantar ke luar negara mengikut permintaan negara-negara tersebut.

“Boleh jadi kenyataan (bina kilang) apabila bajet yang lebih kita dapat dan Risda sendiri adalah merupakan agensi yang tidak hadapi masalah besar dari segi kedudukan kewangan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini terdapat 56 buah depo lateks /skrap di mana 14 buah daripada beroperasi di negeri Pahang termasuk di Agropolitan Gahai ini yang telah mencatat nilai hasil jualan sebanyak RM147,073.82 setakat bulan September lalu. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds