KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap pengurusan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia di Istana Abdulaziz, Kuantan hari ini.

KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG BERKENAN MENDENGAR PERSEMBAHAN TAKLIMAT WWF MALAYSIA

KUANTAN, 9 OGOS 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendengar persembahan taklimat oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia di Istana Abdulaziz, di sini hari ini.

Persembahan taklimat itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia Puan Sophia Lim, berkaitan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar, flora dan fauna di Negeri Pahang.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melihat persembahan buku oleh pengurusan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia di Istana Abdulaziz, Kuantan hari ini.

Dalam sesi selama satu setengah jam bersama KDYMM Tuanku, WWF Malaysia turut diwakili Pengarah Pemuliharaan, Encik Henry Chan; Pengurus Pemuliharaan, Puan Siti Zuraidah dan Pengurus WWF Bukit Fraser, Puan Carell Cheong.

KDYMM Tuanku dalam satu kenyataan media pada 7 Julai lalu menitahkan Kerajaan Pahang meneliti satu inisiatif Sempadan Hijau Negeri yang mana melibatkan kawasan sempadan Negeri Pahang merangkumi keluasan 54,350 hektar.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melihat t-shirt yang dipersembahkan oleh pengurusan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Puan Sophia Lim di Istana Abdulaziz, Kuantan hari ini.

Dalam kenyataan itu juga, baginda juga meminta sebahagian besar kawasan ini mestilah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal, manakala kawasan yang terlibat dengan tanah milik dibangunkan secara lestari selaras konsep Alam Sekitar iaitu Sosial Tadbir Urus (ESG).

Baginda bertitah kawasan tersebut perlu menjadi kawasan perlindungan bagi hidupan liar, flora dan fauna sepenuhnya malah Baginda mengutuk sekeras-kerasnya aktiviti pemburuan haram di Pahang.

Baginda juga bertitah kawasan-kawasan strategik bagi hidupan liar, flora dan fauna seperti Taman Negara, Taman Negeri Endau Rompin, Hutan Lipur dan Hutan Rimba, Tasik Chini dan Tasik Bera, Bukit Fraser, gunung-ganang, kawasan gua, kawasan tadahan air dan sungai, kawasan pantai dan pulau-pulau serta kawasan penempatan Orang Asli terus kekal dipelihara.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download