KUANTAN, 09 OGOS 2021 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Orang Asli Sedunia yang disambut hari ini.
Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, YH. Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, KDYMM Pemangku Raja menitahkan ucapan berkenaan kepada seluruh masyarakat Orang Asli khasnya di Negeri Pahang.
Beliau berkata, Baginda juga menyampaikan ucapan berkenaan kepada semua Yang Beradat Batin dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) di negeri ini.
Pada 23 Disember 1994, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memutuskan bahawa Hari Antarabangsa Orang Asli Sedunia disambut pada 9 Ogos setiap tahun.
Sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk Orang Asli dunia selaiin mengiktiraf pencapaian dan sumbangan yang Orang Asli. – PAHANGMEDIA