Jalan di Kampung Permatang Chekeroh, Merchong diturap dan dilebarkan.

“TERIMA KASIH LEBARKAN JALAN KAMPUNG KAMI”

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 25 OKTOBER 2020: “Terima kasih kepada Kerajaan Pahang kerana melebarkan dan menurap jalan kampung kami ini,” itu kata penduduk Kampung Permatang Chekeroh, Merchong, Mohd Shalihan Mohamad Khalid, 46.

Katanya, penantian penduduk kampung untuk mendapat jalan yang lebih lebar dan berturap kini telah terlaksana juga.

Menurutnya lagi, penduduk kampung amat bersyukur dengan tindakan Ahli Dewan Negeri Bebar, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff kerana mengambil maklum dan menyelesaikan segera masalah jalan di kawasan ini.

Penduduk Kampung Permatang Chekeroh, Merchong melihat jalan kampung mereka yang diturap dan dilebarkan.

“Alhamdulilah terima kasih kepada semua pihak terutamanya Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin dan JKR Pekan kerana membesarkan dan menurap jalan ini.

“Dengan adanya jalan yang lebih besar ini akan memudahkan penduduk. Sebelum ini, jika terdapat dua kenderaan berselisih agak merbahaya terutamanya jika melibatkan lori,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap penduduk kampung dapat menggunakan jalan berkenaan dengan berhemah dan tidak membawa kenderaan dengan laju kerana merbahayakan penduduk.

“Kenderaan berantai juga tidak dibenarkan melalui jalan ini kerana ia akan kerosakan jalan yang baharu diturap ini.

“Sekali lagi terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Menteri Besar Pahang, YB ADN Bebar dan Ketua Kampung yang membantu kami di sini kerana melebarkan jalan ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download