Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 26 MAC 2026 : Kemajuan Projek Menggantikan Jambatan FT2499 Jalan Perwira Jaya – Selancar di Rompin berada pada tahap 34 peratus dan mengikut jadual yang ditetapkan.
Menurut Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Rompin, Tuan Ir. Ts. Mohd Faiz Mohd Faudzi, projek yang mula dijalankan pada 16 April tahun lepas ini dijangka siap mengikut tarikh yang ditetapkan.
“Status kemajuan fizikal sehingga Mac 2026 adalah 34 peratus jadual dan sebenar setara. Kerja bored pile di abutment A telah siap sepenuhnya. Bored pile di abutment B 50 peratus siap.
“Perancangan aktiviti bulan April dijangka keseluruhan kerja cerucuk berserta pile load test selesai dan disusuli kerja superstructure selepas itu.
“So far perjalanan projek on track mengikut perancangan dan dijangka siap pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada 16 Februari 2027,” katanya. -PAHANGMEDIA

