LIPIS, 12 MAC 2026 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Jamek Kampung Kuala Medang sebagai Masjid Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Kampung Kuala Medang, di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 6.20 petang diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.
Keberangkatan Paduka Baginda disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.

Hadir sama YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd. Razak dan Ahli Parlimen Lipis, YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Haji Mohamad; serta barisan pimpinan setempat.
Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 100 orang penerima terdiri daripada golongan asnaf di kawasan sekitar. -PAHANGMEDIA

