Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 09 MAC 2026 : “Kita amat gembira kerana menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan kepada pekhidmat-pekhidmat agama,” kongsi Encik Abdul Aziz Abdul Karim yang merupakan penerima Bantuan Khas Aidilfitri (BKA) Kluster Agama daerah Temerloh.
Menurut Encik Abdul Aziz yang juga Kadi Daerah Temerloh, bantuan ini merupakan satu usaha yang sangat baik daripada pihak Kerajaan Negeri dalam memertabatkan syiar Islam di negeri ini.

“Hari ini adalah satu hari yang amat berbahagia bagi pekhidmat-pekhidmat agama di daerah Temerloh kerana Kerajaan Negeri Pahang kita di bawah pimpinan Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah bermurah hati untuk memberikan bantuan kepada pekhidmat-pekhidmat agama yang terdiri daripada imam, bilal, siak, jurunikah dan juga badan khairat kematian.
“Dan bagi saya, ini adalah satu usaha yang sangat baik daripada pihak Kerajaan Negeri di dalam memartabatkan syiar Islam di Negeri Pahang Darul Makmur ini dan usaha ini, kita amat gembira kerana menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan kepada pekhidmat-pekhidmat agama.
“Saya juga mengerakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas bantuan yang telah diperturunkan kepada kami dan mudah-mudahan Negeri Pahang terus maju jaya dan terus aman makmur bersama-sama kita memajukan Negeri Pahang Darul Makmur Pahang First,” katanya yang merancang untuk menggunakan bantuan tersebut bagi menyediakan persiapan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

Sementara itu menurut Puan Zaliah Ali yang merupakan guru takmir di Lanchang, Bantuan Khas Aidilfitri (BKA) ini merupakan hadiah yang akan dipanjangkan kepada anak dan cucunya.
“Suka dan gembira. Terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Negeri bagi sumbangan kepada kami, guru takmir. Banyaklah benda boleh buat. Hadiah kepada anak-anak cucu, beli kuih untuk tetamu yang datang, keperluan raya.
“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Besar dan seluruh yang terlibat, pegawai-pegawai Majlis Agama Islam, dan Tuan Kadi yang dapat usahakan untuk kami. Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah,” katanya.
Bagi Encik A.B. Rashid A.B. Latif dari Masjid Taman Sri Semantan, turut melahirkan rasa bersyukur kepada Kerajaan Negeri Pahang diatas pemberian bantuan hari ini.

“Hari ni dapat bantuan hari raya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bagi untuk setiap pegawai masjid Negeri Pahang. Alhamdulillah, bersyukur kepada Kerajaan Negeri Pahang.
“Saya bersyukur kepada kepimpinan Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy. Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kita. Ini untuk nak bagi ke cucu dan untuk belanja, bagi ke isteri saya,” katanya.
Penyampaian Bantuan Khas Aidilfitri Kluster Agama Imam, Bilal dan Siak, Guru Takmir, Badan Khairat Kematian Daerah Temerloh melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang, Kuala Semantan dan Mentakab disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al -Mustain Billah. -PAHANGMEDIA

