Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
BENTONG, 26 FEBRUARI 2026 : “Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan juga Dato’ Sri Tok Wan memudahkan urusan pembelajaran saya,” kongsi Ahmad Faiz Aminuddin, penerima sumbangan Kerajaan Negeri Pahang hari ini.
Ahmad Faiz, 21, yang merupakan penuntut tahun pertama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berkata sumbangan ini dapat menampung perbelanjaan peralatan belajar serta kos hidupnya di universiti.
“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan juga Dato’ Sri Tok Wan yang telah memberi sumbangan kepada saya dan memudahkan urusan pembelajaran saya.

“Cadang mungkin guna untuk beli barang-barang keperluan belajar ataupun guna untuk duit makan, perbelanjaan harian,” kata penuntut jurusan Kejuruteraan Mekanikal yang berasal dari Pelangai.
Sementara itu, guru SMK Seri Bentong, Encik Muhammad Zulhakimi Zubir melahirkan rasa gembira dengan sumbangan yang diterima daripada Kerajaan Negeri bagi membina gelanggang bola tampar di sekolahnya.
“Hari ini saya dapat bantuan RM5,000 daripada Kerajaan Negeri Pahang untuk sukan bola tampar. Ia satu untuk pembangunan sukan ni, bola tampar di SMK Seri Bentong, dan yang keduanya untuk fasilitas sukan di sekolah.
“Fasilitas, contohnya untuk buat court yang ringkas. Lepas tu untuk beli net dan sebagainya serta barang-barang untuk sukan,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini pelajar sekolah tersebut terpaksa bermain di atas rumput sahaja memandangkan mereka tidak mempunyai gelanggang yang khusus bagi sukan ini.
“Sekarang tak ada lagi. Baru nak dibangunkan. Kalau ada pun main atas rumput je dekat ni. Kita nak yang baharu, sekarang ni yang macam okey sikit lah. Terima kasih untuk Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pahang.
Encik Muhammad Zulhakimi turut mengucapkan penghargaan kepada YAB. Menteri Besar Pahang di atas pemberian sumbangan kepada sekolahnya.
“Saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada terutamanya kepada Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy dan Kerajaan Negeri Pahang kerana memberi RM5,000 ni untuk kami gunakan untuk sukan bola tampar di SMK Seri Bentong,” katanya.
Seramai 21 penerima menerima cek sumbangan Kerajaan Negeri Pahang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM646,555. -PAHANGMEDIA

