KUANTAN, 01 JANUARI 2026 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mengurniakan gelaran Tengku Puan Bendahara kepada Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.
Pengelola Bijaya Diraja KDPB Sultan Pahang, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari Dato’ Haji Yahya TUDM, dalam satu pengisytiharan memaklumkan bahawa penganugerahan gelaran tersebut berkuat kuasa mulai hari ini.

Tengku Natasya Puteri merupakan isteri kepada YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pasangan diraja tersebut telah melangsungkan perkahwinan pada 24 Oktober 2024.-PAHANGMEDIA

