Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
LIPIS, 27 DISEMBER 2025 : Kerajaan Negeri Pahang menyeru lebih ramai banyak organisasi korporat menunaikan tanggungjawab sosial mereka di Negeri Pahang.
Menurut YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini dapat membantu banyak pihak melalui pelbagai platform.
“TNB (Tenaga Nasional Berhad) ni mereka menjalankan tugas mereka sebagai tanggungjawab sosial. Hari ni mereka telah memilih Sekolah Kebangsaan Keledek di mana mereka telah memberi bantuan kepada 150 orang murid di Sekolah Kebangsaan Keledek.
“Mereka telah memberi sumbangan sebanyak RM15,000 dan sumbangan ni bukan sahaja dalam bentuk voucher, mereka juga ada juga memberi sumbangan dalam bentuk perumahan yang dikenali sebagai bainati jannati.
“Jadi, sekali lagi syabas dan tahniah kepada TNB dan saya menyeru supaya lebih ramai lagi organisasi-organisasi korporat melibatkan diri atau membantu menunaikan tanggungjawab sosial mereka kepada Negeri Pahang khasnya dan juga kepada negara,” katanya.
Beliau berkata sejak 2013 sehingga kini pihak TNB telah memperuntukan lebih kurang RM14 juta bagi membantu mereka yang memerlukan.
“Jadi, saya harap mereka dapat tambahkan lagi peruntukan ini dan saya sangat berterima kasih kepada mereka. Dan sejak perlaksanaan program ni daripada tahun 2013 sehingga tahun ini di seluruh negara TNB telah membantu sebanyak 86,000 lebih kurang buah keluarga.
“Dan juga melibatkan 585 kawasan, melibatkan peruntukan kewangan sebanyak lebih kurang RM14 juta,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang (I.M Pahang) kepada Kluster Agama, khususnya masjid dan Surau Kebenaran Jumaat bagi Zon Pahang Barat di Dewan Terbuka Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan hari ini. -PAHANGMEDIA

