Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
KUANTAN, 04 DISEMBER 2025 : Atlet Negeri Pahang yang menerima Inisiatif Makmur (IM) Pahang (Kluster Atlet Makmur) 2025 hari ini melahirkan penghargaan di atas keprihatinan Kerajaan Negeri.
Atlet para bagi sukan angkat berat, Abdul Rahman Abd Kadir, 31, melahirkan rasa bersyukur diatas pemberian inisiatif sebanyak RM300 kepada setiap atlet yang disifatkan dapat menampung perbelanjaan mereka sebagai persediaan bagi aktiviti sukan.

“Alhamdulillah bersyukur, sumbangan ni dapat membantu saya untuk menguruskan perbelanjaan saya seperti pemakanan sebabnya, kalau main angkat berat ni memang perlukan makanan yang cukup.
“Macam saya, kos belanja sehari agak tinggi macam sehari saya kena consume ayam setengah ekor. Overall lebih kurang sebulan tu dalam RM300 ke RM400 untuk perbelanjaan makanan sahaja, sebab kami perlukan protein yang cukup.
“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang, YAB Menteri Besar, dan YB. Fadzli atas sumbangan yang diberi ini. Alhamdulillah untuk seterusnya saya akan teruskan dengan lebih gigih lagi,” katanya.

Sementara itu, bagi Nur Thaahirah Husna Mohd Azeri, 15, atlet memanah berkata sumbangan ini dapat digunakan bagi membeli peralatan tambahan baharu.
“Seronoklah dapat beli peralatan baru semua, dapat upgrade peralatan. Alhamdulillah, saya nak beli nock dekat arrow dalam RM100 lebih macam tu, untuk spare.
“Terima kasih untuk Kerajaan Negeri Pahang, YAB MB, dan juga YB. Fadzli. Terima kasih sebab bagi kita inisiatif untuk kita upgrade kita peralatan semua atau pun boleh beli apa yang patut untuk sukan lain pun. Terima kasih,” katanya.
Kerajaan Negeri Pahang menyampaikan Inisiatif Makmur (IM) Pahang (Kluster Atlet Makmur) 2025 bernilai RM253,200 kepada 844 atlet negeri ini melibatkan pemberian RM300 kepada setiap atlet sebagai bukti keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang dalam pembangunan atlet. -PAHANGMEDIA

