Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
PEKAN, 12 SEPTEMBER 2025 : Jelajah Muafakat Felda platform mengimarahkan masyarakat Felda selain mengembalikannya kepada landasan penubuhan yang betul.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Dato’ Amizar Abu Adam, program ini juga menjadi pemangkin dalam mengeratkan hubungan diantara Kerajaan Negeri dengan golongan peneroka Felda.
“Saya ucapkan bebanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sharim kerana memberikan keizinan untuk kita menziarahi dan juga bertemu dengan masyarakat bermula pada pagi.
“Iaitu sesi town hall, kemudiannya kenduri rakyat bersama dengan masyarakat DUN Chini seterusnya sesi ziarah dan perlawanan bola sepak di antara YB Chini dengan YB Felda.
“Ini antara aktiviti untuk kita mengimarahkan Felda, untuk mengembalikan Felda berada di landasan yang betul,” katanya.
Menurut beliau, dalam siri jelajah yang memasuki lokasi kelapan di Felda Chini ini, Klinik Tok Wan juga telah mengadakan kunjungan dan rawatan kepada 307 buah rumah warga emas.
“Ada lagi (penambahbaikan) banyak lagi penambahbaikan antaranya kita melihatkan lawatan ziarah daripada Pahang Pride Kasih ini iaitu kad Makmur ini kita boleh memperkemaskan lagi banyak lagi.
“Kesian. Doktor-doktor ni dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik daripada hari ini. Mungkin selepas ini doktor-doktor ini akan membawa perkara selain dari ubat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi ziarah ke lima buah rumah peneroka di sekitar Felda Chini dalam Jelajah Muafakat Felda di Felda Chini.
Sementara itu menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, YB. Dato’ Mohd Sharim Haji Md Zain, program ini dapat membantu rakyat di negeri ini terutamanya di kawasan Felda dalam menyelesaikan permasalahan mereka.
“Kita dah memang sentiasa buat program ziarah dan program aktiviti ini (di Felda Chini) hanya berbeza hari ini apabila kepimpinan Negeri Pahang turun padang bersama membantu kita sebagai ADUN di setiap kawasan ini bersama-sama menjayakan satu program bersama terlibat dengan kepimpinan dan pengurusan Felda.
“Ini satu matlamat yang baik dalam kita membantu rakyat di Negeri Pahang terutama di kawasan Felda ini dalam apa jua permasalahan yang dibangkitkan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan dalam program ini,” katanya. -PAHANGMEDIA