Oleh : Aimi Syafiqa Khairi & Syaherah Azmi
Foto : Shahrizar Azdhar
KUANTAN, 23 JULAI 2025 : UCYP University menerima sumbangan wakaf berjumlah RM37,918 daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bagi menyokong keperluan pembelajaran pelajar kurang berkemampuan, khususnya dari golongan B40 dan Asnaf.
Menurut Naib Canselor UCYP, Profesor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain sumbangan ini amat signifikan dalam memperkasa pelajar yang berhadapan dengan cabaran kewangan.

“Di UCYP, kami komited menyediakan pendidikan berkualiti dan holistik kepada semua, tanpa mengira latar belakang. Namun kami akui masih ramai pelajar yang memerlukan sokongan tambahan,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa UYCP turut giat menjalankan inisiatif lain termasuklah Program Dapur Kasih, bantuan makanan, dan alat pembelajaran pelajar kepada para pelajar berkenaan.

Sumbangan tersebut disalurkan melalui dana manfaat wakaf dan dikendalikan oleh Jabatan Wakaf & Endowmen UCYP University untuk pembelian barangan pembelajaran asas yang amat diperlukan oleh pelajar-pelajar kurang berkemampuan.
Majlis penyerahan berlangsung di Dewan Aqua Crystal, Kampus Utama UCYP disampaikan oleh Pengurus Cawangan ASNB Kuantan, Encik Sukeri Mohd kepada Naib Canselor UCYP, Profesor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi. -PAHANGMEDIA

