Oleh: Norhafizan Zulkifli
Foto: Farizul Hafiz Awang
KUALA LUMPUR, 30 MEI 2025 : YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama isteri, Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Burhah Mohammed serta ahli keluarga berlepas ke Tanah Suci Mekah malam tadi bagi menunaikan ibadah Haji.
Beliau berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki penerbangan pada jam 7.30 malam.

Turut hadir ialah YB Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin; YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Fadzilla Salleh; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.
Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy turut memohon agar rakyat mendoakan keselamatan beliau sepanjang perjalanan serta dikurniakan Haji yang mabrur.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua dan doakan saya selamat pergi dan kembali, serta mudah-mudahan mendapat haji yang mabrur.
“Saya juga mendoakan agar mereka yang belum berpeluang menunaikan haji akan diberikan kesempatan suatu hari nanti,” katanya.-PAHANGMEDIA

