Oleh : Aimi Syafiqa Khairi
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
TEMERLOH, 29 MEI 2025 : Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang (PSRM) membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat di negeri ini.
Menurut Encik Sjarifuddin Yusuf, 66, dari Kampung Bolok Hilir, dia melahirkan rasa bangga terhadap inisiatif Kerajaan Negeri Pahang apabila barisan kepimpinan tertinggi dan pengurusan Kerajaan Negeri sendiri turun padang bagi mendengar keluhan rakyat secara langsung.

“Apabila pemimpin Kerajaan Negeri Pahang sendiri yang turun, saya berasa bangga dengan pemimpin-pemimpin yang mengambil berat apa masalah rakyat ini,” katanya.
Menurutnya, rakyat amat menghargai kehadiran barisan kepimpinan tertinggi Negeri Pahang yang turun padang bagi menyantuni dan mendengar sendiri permasalahan mereka.
“Dengan adanya program ini, kita sanjung tinggi dengan Kerajaan Negeri Pahang,” katanya.
Encik Sjarifuddin juga berharap agar Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang (PSRM) dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Turut hadir YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar, YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Datoβ Haji Fadzilla Salleh, Pegawai Daerah, YH. Dato’ Khairur Rizal Ramli dan barisan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri ini.
Seramai 700 penduduk dicatatkan hadir pada Sesi Townhall yang diadakan selama hampir tiga jam di Dewan Sri Lanchang hari ini.
Program yang memasuki daerah ketiga selepas Rompin dan Lipis ini akan diteruskan ke daerah Jerantut pada bulan hadapan. -PAHANGMEDIA

