Oleh : Ain Nadhirah Basha
LIPIS, 17 MEI 2025 : “Rasa happy. Terima kasih Menteri Besar ada datang, terima kasih doktor, semua baik sangat,” kongsi penerima Program Subsidi Pembedahan Katarak Mata Warga Emas Negeri Pahang, Encik Yeb Ngan.
Encik Yeb Ngan, 84, dari Sempalit, Raub berkata dia sangat gembira apabila menjadi penerima subsidi pembedahan katarak pada hari ini.
“Bila Menteri Besar datang, rasa sangat baiklah. Happylah dapat ini (subsidi). Doktor semua di sini juga baik-baik, buat mata saya ini cantik.

“Dulu mata sebelah kiri saya dah buat sendiri, sekarang buat mata sebelah kanan pula. Banyak terima kasih kepada Menteri Besar,” katanya.
Sementara itu menurut Puan Hamidah Mohd, 65, dari Kampung Relong, Lipis turut berkogsi rasa gembira apabil menjadi salah seorang penerima subsidi pembedahan katarak ini.

“Rasa suka, seronok sangatlah sebab katarak ni cepat jadi, jadi bila dapat yang ini, terima kasih banyak. Terima kasih Menteri Besar datang, rasa seronok,” katanya.
Bagi Puan Ramulamah, 67, dari Cheroh, Raub berkata dia berasa gembira dan bersyukur dan melahirkan ucapan terima kasih kepada YAB. Menteri Besar Pahang diatas pemberian inisiatif ini.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah beramah mesra dengan sebahagian penerima pada Majlis Peluncuran Program Subsidi Pembedahan Katarak Mata Warga Emas Negeri Pahang di bawah Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) 2025 di Hospital Lipis.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Ir Razali Kassim; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Hajah Sabariah Saidan; dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Abdul Rahman Hj Mohamad yang juga Ahli Parlimen Lipis. -PAHANGMEDIA

