Oleh : Ain Nadhirah Basha
BENTONG, 07 MEI 2025 : Wang sumbangan Kerajaan Negeri Pahang dapat memastikan keselesaan jemaah menunaikan ibadah melalui proses baikpulih masjid.
Menurut Pengerusi Masjid Jamek Felda Gugusan Mempaga, Encik Mohammad Aidil Mohamud, pengurusan masjid memerlukan sumbangan bagi membaiki kubah masjid yang rosak.
“Sumbangan sebanyak RM30,000 bagi kerja-kerja membaikpulih kubah masjid yang telah lama dan mengalami kebocoran dan kami masih dalam proses mencari dana yang dianggarkan bernilai dalam RM120,000.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang yang telah menghulurkan sumbangan kepada kami.
“Kebocoran itu bila berlaku hujan, air akan turun ke dewan solat dan kita terpaksa menadah dengan baldi dab ia mengganggu jemaah. Jadi itu yang menyebabkan kita berusaha untuk tukar dengan kubah yang baru,” katanya.
Seramai 14 penerima telah menerima sumbangan cek oleh Kerajaan Negeri Pahang bernilai RM480,500 yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Geo Hotel hari ini. -PAHANGMEDIA

