Oleh : Norhafizan Zulkifli
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
TEMERLOH, 06 MEI 2025 : Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 46 penerima, hari ini.
Majlis istiadat berkenaan telah diadakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertempat di Dewan Tun Razak, di sini.
Mendahului senarai penerima ialah Pemangku Pengarah Jabatan Siasat Jenayah Komersil Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yang Hormat Komisioner Polis, Dato’ Muhammed Hasbullah Ali yang menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri.
Ia kemudiannya diikuti dengan pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato’ Indera kepada Pengarah Pembinaan Sujaman Sdn Bhd, Dato’ Indera Lee Wah Lian.
Penerima seterusnya, Pengarah Maritime Survey And Service Sdn Bhd, Dato’ Suhaila Semaru menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’.

KDPM Tengku Mahkota turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada 23 orang penerima dengan didahului Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Yang Mulia Tengku Dato’ Mohd Arifin Tengku Dato’ A. Rahman diikuti Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dato’ Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun.
Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Ahli Dewan Negeri Kawasan Chini, Yang Berhormat Dato’ Mohd Sharim Haji Md Zain; Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Mining Corporation (PMC) Sdn Bhd, Dato’ Haji Ahmad Rizal Ali @ Jaafar; Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Ahmad Akram Gharib; Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Corporate Management Services (PCMS) Sdn Bhd, Dato’ Haji Abd. Rahim Ahmad; Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Khusairi Ahmad Fadli TUDM dan Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mejar Jeneral Dato’ Norli Hisham Alwi TUDM.
Turut dikurnia gelaran sama ialah Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Brigedier Jeneral Dato’ Dr. Mohd Mansor Shariff; Brigedier Jeneral Dato’ Norazman Samion TUDM (B); Brigedier Jeneral Dato’ Hajah Fadzillah Abdullah TUDM (B); Brigedier Jeneral Dato’ Haji Ayub Khan Mohammad Khan TUDM (B); Profesor Kanan Sunway University, Profesor Dato’ Dr. Agamutu A/L Pariatamby; Ketua Bahagian Malaysian Chinese Association (MCA) Lipis, Dato’ Ho Fong Mee dan Pengarah Urusan Gruppe Lighting Solution Sdn Bhd.
Selain itu, Pengarah Eksekutif Pelita Jujur Sdn Bhd, Dato’ Ir Tan Kok Hin @ Tan Kok Peng; Pengarah Operasi Blackstone Mining Sdn Bhd, Dato’ Tuan Syed Faiz Syed Mohamed; Pengarah Eksekutif Berjaya Group Berhad, Dato’ Mohd Ghazali Abbas; Ketua Pegawai Eksekutif IIUM Consultancy And Innovation Sdn Bhd, Dato’ Wan Jusaini Rizal Che Wan Nasruddin; Pengarah Bahagian Perhubungan Kerajaan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd, Dato’ Tan You Seng; Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan Pembinaan Sujaman Sdn Bhd, Dato’ Teh Swee Khiam; Mantan Setiausaha Persatuan Badminton Kedah, Dato’ Goh Yen Yen serta Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato’ Azra Kamarudin turut dikurniakan gelaran yang sama.
Sementara itu empat orang penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (SMP) iaitu Kolonel Zulkefli bin Haji Samsu Hadi TUDM; Asisten Komisioner Polis Azli Mohd Noor; Superintenden Polis Mohamad Ra’ayim Haji Jemakir serta Encik Aminuddin Ab Rahman.

KDPM Tengku Mahkota juga turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada Asisten Superintenden Polis Husni Azumi bin Hussain dan Encik Che Farhan Che Mansor.
Seramai tujuh orang penerima tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP), iaitu Mejar Syaiful ‘Ammar bin Suhaimi; Deputi Superintenden Polis Mohd Azlizan bin Jamaludin; Asisten Superintenden Polis Ameerul Asraf Ghazali; Inspektor Muhammad Suffian Ismail; Inspektor Mohamad Khairul Syafawie Abdul Yusof; Puan Putri Farhan Najwa binti Megat Daud dan Encik Zhameir Shafiq Mohd Ilias.
Selain itu juga, seramai empat penerima iaitu Sarjan Syed Ibrahim bin Syed Abdullah; Encik Jimat Basiran; Puan Rosmiza Abdullah serta Encik Wan Kamal Wah Noh dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), manakala Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) pula dikurniakan kepada tiga penerima iaitu Staf Sarjan Mohd Nor Khalid; Koperal Mohd Shahrizan Ariffin dan Encik Badra Isa Abdul Hamid.
Mengiringi KDPM Tengku Mahkota Pahang ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut berangkat ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar, dan barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri. -PAHANGMEDIA

