Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Ezzatul Syafiqa Asmawai
CAMERON HIGHLANDS, 13 MAC 2025 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menamakan surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands.
Paduka Baginda yang berangkat tiba pada 6.25 petang dengan memandu sendiri kenderaan diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda yang mengenakan baju melayu berwarna putih kemudiannya telah berkenan menamakan surau baharu tersebut sebagai Surau Al-Amin IPD Cameron Highlands.
Paduka Baginda seterusnya telah berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau tersebut sebelum sebelum berangkat menunaikan solat tarawih berjemaah di Masjid Kayangan.

Turut berangkat, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB. Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin; YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob; YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Dato’ Sri Saiful Edris Zainuddin; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal; dan Ketua Polis Pahang, YH CP Dato’ Seri Yahaya Othman. -PAHANGMEDIA

