Oleh : Farizul Hafiz Awang
KUCHING, 27 SEPTEMBER 2024 : Atlet para SUKMA Pahang bagi acara badminton wanita yang berjaya memenangi pingat emas teruja apabila suaminya yang juga atlet para SUKMA Kedah turut memenangi emas bagi kategori regu.
Menurut, Wan Noraini Zainurian, 40, dan suaminya Amyrul Yazid, 31, kerja keras mereka berdua akhirnya membuahkan hasil apabila memenangi emas pada acara berkenaan.

Kata Wan Noraini, mereka mendirikan rumah tangga pada Februari 2022 dan terpaksa meneruskan hubungan jarak jauh kerana bertugas sebagai pembantu tadbir di Rompin dan suaminya merupakan atlet sepenuh masa di Kedah.
Katanya, ini menyebabkan mereka berdua terpaksa membahagikan masa untuk berlatih dan berjumpa.
“Seminggu sekali kami akan berjumpa, dan ketika berjumpa kami akan tetapkan masa untuk berlatih bersama,” ujarnya.
Wan Noraini yang mengalami masalah pinggul dari kecil, meneruskan rentak kemengan selepas mengalahkan Atlet dari Sarawak menerusi acara Standing Lower 5. -PAHANGMEDIA

