Oleh : Fansurina Abdullah
KUANTAN, 9 OGOS 2024 : Kerajaan Negeri memberi perhatian terhadap perkembangan psikologi keluarga mangsa dua beradik yang maut selepas rumah mereka dirempuh treler di Kampung Ketapang Hilir, Pekan, pada minggu lalu.
Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan berkata, sokongan dan bantuan psikologi akan terus diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyokong keadaan keluarga yang kehilangan dua anak dalam kejadian berkenaan.
Menurutnya, sesi kaunseling itu antara inisiatif bagi memberikan semangat kepada keluarga mangsa agar dapat kembali kuat meneruskan kehidupan.
Selain itu, JKM juga sedia membantu dari segi khidmat nasihat dan keperluan lain dalam memastikan sebarang masalah dihadapi keluarga dihadapi mangsa dapat diselesaikan.
“Sebab seperti yang saya tengok sebelum ini memang keluarga berada dalam keadaan murung lagi, kita tengok kepasa keadaanlah, kita tengok kepada keatabilan emosi keluarga, ialah kehilangan anak dua orang sekaligus.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus kepimpinan Wanita Berinovasi βWomen As Nation Leadersβ (WANLeads), di Auditorium Kampus Utama, UCYP University, Kuantan, hari ini.
Dalam kejadian 3 Ogos lalu, dua adik-beradik Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 31, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Maran dan adiknya, Mohd Waldon Faris, 21, terkorban, selepas sebuah treler merempuh rumah mereka di Kilometer 5, Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan. – PAHANGMEDIA

