KUANTAN, 2 MEI 2024 : Tiada cuti tambahan bagi bagi Negeri Pahang pada 23 Mei ini bagi menggantikan cuti Hari Hol dan Hari Wesak yang jatuh pada 22 Mei.
YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob berkata, berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan cuti bagi Hari Hol dan Hari Wesak adalah pada 22 Mei 2024 sahaja.
“Oleh yang demikian, tiada cuti tambahan bagi Negeri Pahang Darul Makmur pada 23 Mei 2024 bagi menggantikan cuti Hari Hol dan Hari Wesak yang jatuh pada 22 Mei 2024,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – PAHANGMEDIA

