Oleh : Ain Nadhirah Basha
BENTONG, 28 APRIL 2024 : Lebih 7,000 tetamu hadir memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Perpaduan yang julung kali diadakan di negeri ini.
Sambutan yang diadakan di Padang SMK Seri Pelangai, Simpang Pelangai ini bermula dari 2 petang sehingga 5 petang semalam.
Hadir memeriahkan majlis, YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi DAP Negeri Pahang, YH. Dato’ Leong Ngah Ngah; Pengerusi MIC Negeri Pahang, YB. V. Arumugam; dan Pengerusi Amanah Negeri Pahang, Encik Mohd Fadzli Mohd Ramly.
Turut hadir, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd. Razak; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal; Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Tuan Ir. Razali Kassim; Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB. Dato’ Amizar Abu Adam; dan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man.
Turut memeriahkan sambutan, Ahli Parlimen Bentong, YB. Young Syefura Othman; Pengerusi Makkal Sakti Negeri Pahang, Encik S. Kaneshwaran; dan Pengerusi Kimma Negeri Pahang, YH. Dato’ Mohd Musa Nor Mohd.
Pelbagai juadah turut disediakan bagi meraikan tetamu yang hadir antaranya kambing golek, bihun sup, lemang, rendang, sate, roti canai, nasi impit, dan pelbagai pencuci mulut.
Menurut Dato’ Amizar, majlis ini merupakan satu titik mula yang positif kepada Kerajaan Perpaduan di Negeri Pahang di bawah kepimpinan YAB. Menteri Besar Pahang. -PAHANGMEDIA

