Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 19 APRIL 2024 : Gangguan bekalan air ketika musim perayaan baru-baru ini adalah disebabkan 12 siri gangguan bekalan akibat terputus bekalan elektrik.
Menurut satu kenyataan media oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), YH. Dato’ Saiful Zaini Mohd Bokhari, sebanyak 10 Loji Rawatan Air (LRA) dan dua rumah pam telah dikenalpasti terlibat.
“Untuk makluman, berdasarkan keseluruhan gangguan bekalan yang dihadapi ketika musim perayaan baru-baru ini PAIP telah menghadapi 12 siri gangguan bekalan yang berpunca daripada terputus bekalan elektrik di mana melibatkan 10 kejadian gangguan bekalan elektrik di LRA dan 2 di Rumah Pam (RP) di samping punca-punca luar jangka lain berkaitan operasi.
“Tindakan segera dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diambil bagi memastikan bekalan segera pulih dan proses pemulihan bekalan elektrik oleh pihak TNB dalam tempoh dua jam. Namun begitu, beberapa lokasi seperti di LRA Padang Piol, Jerantut dengan tempoh gangguan bekalan lima jam, LRA Jengka Utama dan LRA Batu Sawar, Maran dengan tempoh gangguan tujuh jam dan LRA Keratong, Rompin dengan tempoh gangguan 12 jam.
“Keadaan gangguan bekalan elektrik ini walaupun seketika namun amat memberi kesan buruk kepada operasi bekalan air. Hal ini kerana ketika musim perayaan di mana penggunaan yang sangat tinggi di sesuatu kawasan telah menyebabkan pemulihan bekalan secara keseluruhan amat sukar dilakukan setelah LRA kembali operasi. Walaupun LRA kembali operasi setelah bekalan elektrik pulih, pemulihan bekalan ke kawasan agihan sukar dilakukan berikutan pemulihan bekalan mengambil masa yang lama berikutan proses rawatan air dan proses agihan kenkawasan-kawasan, terutama melibatkan kawasan yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata pihaknya melakukan penghantaran melalui pelan bekalan alternatif menerusi tangki statik dan lori tangki sepertimana dirancang ke kawasan terjejas.
“Walaubagaimanapun, pemulihan memerlukan masa yang lama sekiranya LRA terjejas kerana kawasan terlibat yang lebih besar.
“Pemulihan bekalan adalah lebih cepat di kawasan-kawasan terjejas disebabkan insiden paip pecah kerana kawasan terjejas lebih kecil dan berfokus,” katanya.
Menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri Pahang melalui PAIP turut mengambil beberapa langkah jangka panjang di beberapa kawasan bagi menangani masalah bekalan air di negeri ini.
“Seluruh kawasan agihan Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Kawah melibatkan kawasan-kawasan di Temerloh, Mentakab dan Lanchang, daerah Temerloh; Penukaran pam air mentah dan pam air bersih termasuk kerja-kerjanelektrik serta kerja-kerja berkaitan di LRA Lubuk Kawah bagi
meningkatkan kapasiti pengeluaran LRA Lubuk Kawah dan mengatasi masalah bekalan air di kawasan agihan bekalannmelibatkan kawasan-kawasan di Temerloh, Mentakab dan
Lanchang (Peringkat Pelaksanaan : Sedang Pembinaan jangkaan siap Disember 2024). Projek ini akan meningkatkan kapasiti
pengeluaran LRA sebanyak 30 peratus dan akan menyelesaikan masalah di seluruh kawasan agihan Temerloh, Mentakab dan Lanchang.
“Membina satu unit tangki menara di Bukit Hospital, satu unit!tangki sedutan dan sistem pam di Rumah Pam Mambang Berulang!Mentakab bagi mengatasi isu tekanan air rendah melibatkan!kawasan Bandar Mentakab, Taman Bukit Bendera, Taman Rimba, Taman Sri Layang, Taman Saga dan kawasan agihan sekitar (Peringkat Pelaksanaan : Pra-Pembinaan peringkat pelantikan perunding).
“Pemasangan pam air bersih, kerja-kerja elektrik serta kerja-kerja berkaitan di Rumah Pam Mentakab bagi mengatasi isu tekanan air
rendah melibatkan kawasan Bandar Mentakab, sepanjang jalan Mentakab hingga Kampung Sempadan Lanchang (Peringkat Pelaksanaan : Pra-Pembinaan peringkat penyediaan dokumen
tender),” katanya.
Beliau berkata kerja-kerja ini turut melibatkan kawasan Gugusan Felda Keratong, Felda Selancar, Cenderawasih, Kota Bahagia,
Melati, Kota Shah Bandar dan kawasan agihan sekitar, Daerah Rompin.
“Kerja-kerja penggantian paip di Felda Selancar 3 bagi mengatasi kekerapan paip pecah dan meningkatan tekanan bekalan air (Peringkat Pelaksanaan : Sedang Pembinaan); Kerja-kerja menaik taraf Sistem Pam Air Mentah, Kerja-kerja elektrik serta kerja-kerja berkaitan di LRA Keratong bagi meningkatkan keupayaan pam (Peringkat Pelaksanaan : Pra-Pembinaan peringkat penyediaan dokumen tender).
“Pemasangan paip dari LRA Keratong ke Persimpangan Chanis bagi mengatasi isu tekanan air rendah dan terputus bekalan bagi
kawasan Felda Keratong 1-10, Felda Selancar 1-6, Melati, Kota Shahbandar, Chenderawasih, Kota Bahagia dan Bukit Serok (Peringkat Pelaksanaan : Pra-Pembinaan peringkat reka bentuk).
“Pemasangan paip dari Tangki Chanis ke paip utama kawasan agihan Chanis bagi mengatasi isu tekanan air rendah dan terputus bekalan melibatkan kawasan Keratong 6 dan 7 (Peringkat Pelaksanaan : Sedang Pembinaan),” katanya.
Tambah beliau lagi, pihak PAIP turut memfokuskan kawasan Felda Padang Piol, Kampung Sungai Putat, Kampung Gajah Mati
dan kawasan agihan sekitar, di Jerantut serta kawasan Felda Jengka, Rumpun Makmur, Kampung Paya Perak, Kampung Sendayan dan kawasan agihan sekitar, di Maran.
“Kerja-kerja menaik taraf sistem rawatan LRA Seberang Tembeling dan pemindahan komponen rawatan DynaSand dari LRA Peramu
ke LRA Seberang Tembeling serta kerja-kerja berkaitan baginmengatasi isu tekanan air rendah dan meningkatkan rizab kapasiti
loji melibatkan kawasan agihan Padang Piol, Felda Sungai Retang,nAir Hitam, Merting, Pasir Durian, Pasir Tambang, Doja, Lubuk Payung (Peringkat Pelaksanaan : Pra-Pembinaan peringkat pelantikan perunding).
“LRA Jengka Utama, kerja-kerja menaik taraf sistem elektrikal (motor & VSD) di rumah pam air bersih bagi mengatasi masalah Low Voltage TNB yang menjejaskan bekalan ke kawasan Felda Jengka, Felcra Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Kampung Pulau Raya, Kampung Durian Hijau, Taman Jengka Mahkota.
“Taman Desa Jaya serta kawasan agihan sekitar (Peringkat Pelaksanaan : Pra-Pembinaan peringkat reka bentuk); LRA Batu Sawar, cadangan penyelesaian masalah bekalan air di kawasan jalan Batu Sawar hingga Kampung Desa Purun termasuk Kampung Orang Asli Padang Paku, Kampung Orang Asli PayanSendayan dan kawasan agihan sekitar bagi mengatasi masalah tekanan air rendah (Peringkat Pelaksanaan : Pra-Pembinaan
peringkat pelantikan perunding),” katanya.
Beliau turut menghargai kesabaran dan komitmen pengguna di negeri ini ketika mengalami masalah serta akan terus komited dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air.
“PAIP dengan sokongan berterusan Kerajaan Negeri amat komited dalam!meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air di Negeri Pahang secara berterusan dan holistik. Kesabaran dan kefahaman pengguna amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“Untuk sebarang aduan masalah, pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) melalui talian 09-573 9999 yang beroperasi selama 16 jam sehari iaitu dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam, tujuh hari seminggu,” katanya. -PAHANGMEDIA

